Definisi IBADAH UMRAH
Umrah menurut bahasa ialah melawat (ziarah). Adapun menurut syara’, ibadah Umrah itu ialah mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Agung dengan melakukan tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dan berjalan kaki berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Safa dan Marwah dan seterusnya bercukur atau bergunting.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).
Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".
Hukum Ibadah Umrah
Umrah adalah fardhu seperti Haji. Menurut fatwa Imam As-syafi’e yang baru ( القول الجديد ), hukum ibadah Umrah itu wajib sekali, dalam seumur hidup bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Kelebihan Ibadah Umrah
Kelebihan ibadah umrah itu kita boleh lihat dalam sabda baginda Nabi s.a.w ;
{ العمرة الى العمرة كفارة لما بينهما }
Ertinya : “Di antara ibadah umrah ke satu ibadah umrah itu adalah penghapus kepada dosa di antara keduanya” . Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
Aturcara Ibadah Umrah
1. Niat – Berniat merupakan salah satu daripada rukun Umrah

- Miqat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu miqat Zamani (Masa) dan miqat Makani (tempat).
- Miqat Makani ialah tempat atau kawasan di mana seseorang itu perlu “berniat” sama ada untuk melakukan umrah maupun haji.
- Manakala Miqat Zaman ialah masa yang diharuskan atau dibolehkan seseorang itu untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.
- Miqat Zaman bagi ibadah Umrah ialah sepanjang tahun
2. Tawaf – Mengelilingi Kaa’bah sebanyak tujuh kali pusingan

3. Sai’e – Berjalan kaki diantara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali ulangan.

4. Bercukur @ Bergunting

5. Tertib

CITARASA ANDA KEUTAMAAN KAMI,
KEPUASAN ANDA ITU KEPUSAN KAMI...
Pakej Perlancongan Lain > Pakej Umrah Ziarah
















